Betta Sales @

Betta Sales @
http://bettavillageshop.blogspot.com

Sunday 31.01.2010 - Stock Clearance

Salam dan salam sejahtera. Rasa sekejap je masa berlalu, dah nak sampai penghujung bulan Januari 2010. Ape nak buat minggu ni ek??? ..esok saya akan ke perlis, ada kenduri...boleh la sambil2 tu nak shoot gambar pengantin tuk tambah koleksi sendiri. heheheh (^_^)...Then untuk hari ahad, saya x da plan nak buat. Member2 plak ada yang OT. Jadi saya ingat nak habiskan masa kat tempat ikan saya je. Jadi jemputlah datang ramai2 hari ahad ni. Sape2 yang nak beli ikan bolehlah datang, saya ingat nak clear stock2 yang ada....boleh beri laluan tuk anak2 ikan yang baru nak membesar. Boleh kita lepak2 sambil bincang2 pasal ikan, bertukar ilmu dan pengalaman :). Kalu da masa boleh kita shooting gambar ikan..hehehe....saje nak test 'gear' baru saya. So bagi siapa yang berminat nak datang lepak kat tempat ikan saya ahad ni boleh la call/ sms saya  kat no ni 012-5444785. Jumpa ahad nanti k (^_^)
Read more >>

It's Bidding Time! BID! BID! BID!

There are 10 HMPK is open for BIDDING!!! 
Price start from RM18.00 per fish.
Auction end at 31 Jan 2010. 



"Can i buy the fish without bidding?"
Yes you can, just email to 
betta.village@yahoo.com or
call/sms to 012-5444785
for the prices

UPDATES:
AUCTION END!!! 7 FISH SOLD (^_^)
THANK YOU TO THE BUYERS

Fish 1 - SOLD

Fish 2


Fish 3 - SOLD

 

Fish 4 - SOLD


Fish 5 - SOLD

Fish 6 - SOLD
 

Fish 7

 

Fish 8 - SOLD

Fish 9 - SOLD

Fish 10


Read more >>

Betta For Sale!!!

Hi all betta lover. I just update Betta Village Shop stock. Here some of the picture of betta that ready to be grab....



Kindly click HERE 
or visit Betta Village Shop for more info.
Read more >>

Betta Village Shop


http://bettavillageshop.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Disebabkan buat masa sekarang saya mempunyai banyak masa terluang, (^_^) jadi saya dapat luangkan lebih banyak masa untuk aktiviti yang saya minati terutama berkaitan ikan laga hiasan. Alhamdullilah, setelah pelbagai rintangan dan halangan yang melanda, akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog khas untuk saya menjual ikan laga hiasan.  Blog Betta Village Shop menawarkan pelbagai jenis ikan laga hiasan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Sebenarnya telah lama saya merancang untuk membangunkan blog khas bagi menjual ikan laga hiasan, tetapi kekangan masa menjadi penghalang utama. Sebelum ini saya cuma menjual ikan di rumah, dimana rakan-rakan atau pelanggan datang sendiri untuk melihat dan membeli ikan terus dari bilik ikan saya. Bagi pelanggan yang jauh, selalunya kami berurusan melalui email. Dengan adanya blog Betta Village Shop ini, saya berharap agar segala urusan jual beli berkaitan ikan laga hiasan akan menjadi lebih mudah dan teratur. Amin ...

P/s: Diharap Betta Village Shop mendapat sokongan dari anda semua (^_^)
Read more >>

Betta Village Care - BLOGGER WE CARE




Salam dan selamat sejahtera,
Saya terpanggil untuk menulis mengenai kempen Blogger We Care ini seteleh membaca entry di blog Ein. Kadang kala kita sering mengeluh apabila ditimpa musibah, tetapi ingatlah sesungguhnya ada orang yang lebih malang dari diri kita. Kempen ini dianjurkan oleh Saudara Hydir bagi membantu rakan2 blogger yang memerlukan bantuan. Dengan meletakkan Ribbon Blogger We Care di blog anda, anda  akan menyumbagkan RM1 kepada  Saudara Megat melalui penajaan dari kbsoccer.

Sebenarnya saya antara pembaca senyap di blog saudara Megat. Tak perlu untuk saya ulas secara panjang, mungkin anda patut membaca luahan hati Saudara Megat dalam entrynya yang bertajuk Tangisan aku, isteri dan anak-anak. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan secara terus bolehlah salurkan kepada

Nama Penuh – Faisal Amirul Othman
No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124

P/s: Semoga tuhan tabahkan hati Saudara Megat dalam menghadapi segala ujian.
Read more >>

Ang Aquarium Betta Competition 2010




For more details please click HERE





Read more >>

Happy New Year 2010

Sedar tak sedar  tahun 2009 telah berlalu pergi. Dan hari ini bermulalah tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu tanpa disedari. Pelbagai kenangan manis dah pahit berlaku sepanjang 2009 menjadikan hidup ini lebih bermakna. Betta Village pun nampaknya ada kemajuaan. Blog ini sendiri antara kemajuaan dalam Betta Village. Bermula dengan blog Betta Village ini, banyak yang saya belajar tentang blog. Kini saya boleh melakukan semuanya sendiri, dari mengedit layout hinggalah penggunaan aplication untuk blog. Malah saya turut membantu rakan2 blogger yang memerlukan bantuan saya untuk mengedit blog mereka. Untuk tahun 2010 ini, saya merancang untuk menggunakan hosting dan domain berbayar untuk blog Betta Village.



Walaupun Betta Village ini hanya trademark peribadi saya, tapi nampaknya ramai yang memberi sokongan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang terus menyokong saya. Ramai yang bertanya mengapa saya jarang update blog ini, ada juga yang bertanya mengapa saya tidak post gambar2 ikan dan jual secara online, malah ada juga yang bertanya mengapa saya kurang aktif di forum2 berkaitan ikan laga. Tidak kurang juga ada yang mengatakan saya sombong..(sombong ke saya ni??? hehehe)...Saya tidak ambil hati kerana tak kenal maka tak cinta..betul tak??? (^_^). Jawapanya adalah kerana MASA. Bagi yang rapat dengan saya, mereka sedia maklum dengan tugas harian saya. Bagi yang tidak tahu pulak, biar saya berkongsi serba sedikit tentang diri saya. Saya berkerja hampir 12 ke 13 jam sehari. 5 hari seminggu. Masuk kerja pukul 9.00 pagi, balik dekat 10.00 malam dan kadang2 sampai ke 12.00 malam. Kami tiada public holiday, maksudnya sekiranya nak cuti pada cuti umum, kena la apply cuti. Tak perlu la saya nak mention nama company saya, sebab company saya merupakan salah satu company gergasi dunia dalam bidang kewangan. So bayangkan berapa banyak masa yang saya ada untuk urusan peribadi dalam sehari??? Masa bersama keluarga? masa bersama kawan2? masa untuk beridah? masa untuk urusan ikan2?...

Tahun 2009 juga melihat saya membuat satu keputusan berani dalam karier saya. Saya membuat keputusan untuk meletak jawatan setelah menimbang segala2nya. Perkerjaan seperti ini tidak sesuai dengan saya dan yang lebih penting saya perlukan hidup yang lebih seimbang. Semoga tahun 2010 tuhan permudahkan segala urursan dan murahkan rezeki saya. AMIN (^_^)

Berbalik kepada Betta Village, tahun 2009 saya telah menyertai 2 pertandingan ikan laga  Alhamdullilah , beberapa kejayaan dalam pertandingan yang saya sertai merupakan kenangan manis buat saya, malah menjadikan saya lebih bersemangat dengan hobi ini. Ramai kawan yang saya kenali dan banyak ilmu yang saya pelajari. Malah hasil dari sokongan rakan2, Team Betta Village ditubuhkan. Ini juga salah satu kenangan manis buat saya. Penghujung tahun 2009 diakhiri dengan kejayaan Team Betta Village menganjurkan Pameran dan Jualan Ikan Laga Hiasan.



Untuk tahun 2010, banyak perkara yang hendak dilaksanakan, dan sudah semestinya menuntut banyak usaha dan keringat. Menigkatkan kualiti ikan, menyediakan rujukan dalam Bahasa Melayu, menyertai lebih banyak pertandingan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti antara perkara yang akan diberi perhatian oleh saya. Semoga tahun 2010 menyaksikan lebih banyak kemajuaan untuk Betta Village.

Rasanya dah agak panjang saya menulis.
Cukuplah sampai disini dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2010


Semoga 2010 menjadi tahun yang lebih bermakna untuk kita semua.

Read more >>